Friday 29 November 2013

Biodata Penulis

 




Penulis PESONA DIDIK ANAK CARA SUNNAH dikenali dengan nama Ashikin Hashim. Beliau lahir di Batu Pahat, Johor pada 16hb Mei 1980. Beliau membesar di bumi Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam. Kemudian beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
 
Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Ekonomi dan pengkhususan dalam Ekonomi Islam.
 
Ibu kepada 3 orang cahayamata ini sangat meminati bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan sering menulis di blog dan Facebooknya berkenaan tip dan ilmu berkenaannya.
 
Kini beliau bertugas sebagai pengetua di Genius Aulad Saujana Utama, Sg Buloh, Selangor. Dalam masa yang sama, beliau bergiat aktif di dalam penulisan blog di www.ashikin-hashim.blogspot.com/. Beliau juga adalah kolumnis tetap di ruangan Pendidikan Anak di Majalah Era Muslimah.
 
Semoga dengan terbitnya ebook PESONA DIDIK ANAK CARA SUNNAH ini akan memberikan panduan kepada ibubapa yang tercari-cari tip serta formula mendidik anak dalam dunia gajet yang serba mencabar ini.
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment