Sunday 1 December 2013

Tadikan dan Home-School




Apakah kelebihan menghantar anak ke tadika?

 

1.      Tadika memberikan pengalaman yang berbeza dengan pembelajaran di rumah dari segi akademik dan sosialnya.

 

Tadika memberikan pandangan dan juga suasana yang berbeza dari rumah. Ianya dibina dengan struktur yang direka khas dan sesuai untuk kanak-kanak.

 

2.      Anak-anak yang diberikan peluang belajar di tadika akan mengalami pengalaman tentang bagaimana menerima arahan daripada orang lain. Ini memberikan tapak asas kepada mereka sebelum menjejakkan kaki ke sekolah rendah yang sebenar.

 

3.      Anak-anak yang bersekolah tadika akan mendapat pengalaman dan menyediakan diri mereka sebelum mereka menjejakkan kaki ke sekolah rendah di mana sekolah rendah mempunyai guru dan pelajar yang lebih banyak.

 

4.      Anak-anak yang bersekolah tadika akan diberikan pengalaman untuk berhadapan dengan kehidupan bersosial dan membangunkan emosinya dengan cara yang sihat.

 

5.      Anak-anak yang bersekolah di tadika akan mempunyai peluang lebih besar untuk membangunkan kemahiran skil motornya seperti melompat, memanjat, berlalri dan sebagainya.

 

6.      Anak-anak akan belajar bagaimana untuk berdikari dan pandai menjaga diri sendiri dan belajar menjaga orang lain.

 

7.      Anak-anak yang diberikan pendedahan ke tadika akan meningkatkan kemahiran bahasanya keran dia akan bergaul dengan lebih ramai orang.

 

8.      Anak-anak akan didik oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman serta mengetahui teknik terkini untuk mendidik anak-anak di dalam pendidikan awal kanak-kanak.

 

Apakah kelebihan Home-School?

 

1.      Anak yang Home-School akan terhindar dari pengaruh negatif seperti mendengar perkataan-perkataan yang tidak baik.

 

2.      Anak yang Home-School dapat dikawal pembelajarannya.

 

3.      Anak yang Home-School dapat membina keintiman dengan ibu atau ayah yang mengajar di rumah.

 

4.      Anak yang Home-School akan mendapat perhatian khusus mengikut kepada keperluannya.

 

5.      Pembelajaran dapat diberikan dengan lebih efektif kerana tumpuan hanya diberikan kepada anak.
 
 
Dapatkan versi penuh ebook PESONA DIDIK ANAK CARA SUNNAH.
 
Harga RM30 akan dapat pada 1.1.2014
 
 
 

No comments:

Post a Comment