Apakah kelebihan menghantar anak ke tadika?
1.
Tadika memberikan pengalaman
yang berbeza dengan pembelajaran di rumah dari segi akademik dan sosialnya.
Tadika memberikan pandangan dan juga suasana yang berbeza
dari rumah. Ianya dibina dengan struktur yang direka khas dan sesuai untuk
kanak-kanak.
2.
Anak-anak yang diberikan
peluang belajar di tadika akan mengalami pengalaman tentang bagaimana menerima
arahan daripada orang lain. Ini memberikan tapak asas kepada mereka sebelum
menjejakkan kaki ke sekolah rendah yang sebenar.
3.
Anak-anak yang
bersekolah tadika akan mendapat pengalaman dan menyediakan diri mereka sebelum
mereka menjejakkan kaki ke sekolah rendah di mana sekolah rendah mempunyai guru
dan pelajar yang lebih banyak.
4.
Anak-anak yang
bersekolah tadika akan diberikan pengalaman untuk berhadapan dengan kehidupan
bersosial dan membangunkan emosinya dengan cara yang sihat.
5.
Anak-anak yang
bersekolah di tadika akan mempunyai peluang lebih besar untuk membangunkan
kemahiran skil motornya seperti melompat, memanjat, berlalri dan sebagainya.
6.
Anak-anak akan belajar
bagaimana untuk berdikari dan pandai menjaga diri sendiri dan belajar menjaga
orang lain.
7.
Anak-anak yang
diberikan pendedahan ke tadika akan meningkatkan kemahiran bahasanya keran dia
akan bergaul dengan lebih ramai orang.
8.
Anak-anak akan didik
oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman serta mengetahui teknik
terkini untuk mendidik anak-anak di dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Apakah
kelebihan Home-School?
1.
Anak yang Home-School
akan terhindar dari pengaruh negatif seperti mendengar perkataan-perkataan yang
tidak baik.
2.
Anak yang Home-School
dapat dikawal pembelajarannya.
3.
Anak yang Home-School
dapat membina keintiman dengan ibu atau ayah yang mengajar di rumah.
4.
Anak yang Home-School
akan mendapat perhatian khusus mengikut kepada keperluannya.
5.
Pembelajaran dapat
diberikan dengan lebih efektif kerana tumpuan hanya diberikan kepada anak.
Dapatkan versi penuh ebook PESONA DIDIK ANAK CARA SUNNAH.
Harga RM30 akan dapat pada 1.1.2014
